PETALING JAYA: Sembilan lagi individu ditahan susulan tangkapan empat anggota polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.
"Berdasarkan maklumat, sehari selepas kejadian, kita menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki warga asing berusia 20 hingga 40-an secara berasingan di lima lokasi sekitar Lembah Klang.
"Kesemua tangkapan itu susulan laporan wakil TM memaklumkan terdapat kerosakan talian telefon dan data di daerah ini.
"Kita mendapati dua batang kabel bawah tanah sepanjang kira-kira 40 meter telah dipotong dan dicuri, dengan anggaran kerugian mencecah RM100,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
Beliau berkata, pihaknya merampas dua MPV, sebuah kereta jenis BMW, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, sebuah kereta Honda Civic dan sebuah lori yang digunakan untuk aktiviti terbabit.
"Kita turut merampas 11 telefon bimbit, satu guni yang mengandungi pelbagai wayar tembaga yang telah di bakar, sebuah buku hasil jual beli dan dua keping resit," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, semakan mendapati lapan individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.
"Suspek turut mengaku terlibat dua kes kejadian kecurian kabel TM di daerah Petaling Jaya, kesemua suspek ditahan reman sehingga semalam.
"Kita turut mengesan dua suspek lagi bagi membantu siasatan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 26 2023
Mohamad Fakhrudin menunjukkan kenderaan yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Helah tiga lelaki menyamar polis undang padah
Polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Warga JB terkejut aksi kejar-mengejar di lebuh raya, 3 suspek akhirnya dicekup polis
Polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita selepas aksi kejar mengejar dengan suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda Civic di Lebuhraya Pasir Gudang.